Tuesday, February 4, 2020

Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?

BisnesShopee.com





Betul ke kita boleh berniaga di shopee tanpa keluarkan sebarang duit modal langsung? Kalau betul boleh, macam mana caranya?

niaga-di-laman-web-shopee
Buat duit tanpa modal di Shopee… adakah ianya boleh dilakukan atau mustahil?

Saya berpendapat, langkah pertama sebelum kita nak mula berniaga di shopee, adalah lebih baik kita fahami dulu bagaimana laman web shopee ini berfungsi.

Fahami betul-betul, apa dia flow yang perlu kita ikuti apabila kita nak jual barang di Shopee. Misalnya secara ringkas,
  1. Kita daftar akaun di Shopee
  2. Menerusi akaun yang sama kita boleh pilih sama ada nak jadi penjual atau pembeli
  3. Jika nak jadi penjual, boleh mula masukkan barang dalam kita punya online store
  4. Bakal pembeli akan masuk web shopee dan akan cari barang yang dia mahukan
  5. Jika barang tersebut ada dalam online store milik kita, dia akan beli barang tersebut
  6. Bayaran akan dibuat ke akaun shopee
  7. Pihak shopee akan beritahu yang anda ada tempahan dan anda diminta untuk uruskan tempahan tersebut
  8. Anda pos barang kepada pembeli itu tadi
  9. Setelah pembeli berpuas hati barulah shopee akan lepaskan duit yang dibayar oleh pembeli ke akaun bank anda

Apa yang saya kongsikan ini adalah versi ringkas. Kalau anda mahukan step by step, macam mana nak berniaga di shopee, saya syorkan anda baca panduan ini.
buat-duit-dengan-shopee
Untuk pengetahuan anda, saya juga membaca dan merujuk kepada panduan ini, bagi memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana cara sebenar untuk buat duit dengan Shopee. Jika anda minat nak muat turun panduan tersebut, sila ke laman web ini ya.

Bagi menjawab persoalan, sama ada kita boleh buat bisnes tanpa sebarang modal di Shopee ataupun tidak, jawapannya ialah MEMANG BOLEH.

Walaubagaimanapun, setelah saya kaji dan teliti, kalau kita nak berniaga tanpa modal langsung, potensi pendapatannya agak terhad. Sebaik-baiknya, kalau nak berniaga, adalah lebih baik kalau kita siap sedia dengan sedikit modal. Tak banyak pun tak apa, yang penting kita sediakan modal.

Gunakan teknik dropship untuk berniaga tanpa modal di Shopee

Saya akan sentuh mengenai dropship di shopee kemudian. Saya pernah tulis tentang teknik dropship sebelum ini. Kalau masih ada yang tak berapa jelas tentang kaedah dropship dalam bisnes online, jemput baca perkongsian saya yang sebelum ini ya.

Saya kongsikan kepada anda, satu cara macam mana nak buat duit tanpa modal di Shopee. Cara ini memang dah ramai yang buat di shopee. Cuma anda perasan ataupun tidak sahaja.

(1) Jual barang lama atau antik di Shopee

Lihat screenshot dibawah ini. Saya ambil dari laman web shopee.
buat-duit-di-shopee
Jika anda mempunyai barang lama atau antik, yang anda percaya mempunyai nilainya yang tersendiri, anda boleh cuba jual di shopee. Sekarang ini dah agak ramai yang jual barangan tersebut di shopee, dan ramai juga yang jual duit kertas lama.

Sama ada akan ada pembeli atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting sekarang ni, cuba jual dulu.

(2) Jual barang yang sudah sedia ada dalam tangan

Sekiranya anda memng seorang peniaga, mempunyai kedai dan sedang menjalankan perniagaan tersebut, apa kata anda iklankan juga produk yang anda jual tu melalui shopee.

Kalau sebelum ini, anda cuma harapkan sales dari kedai semata-mata, kali ini manalah tau boleh dapat sales dari online store juga.

(3) Buat dropship melalui Shopee

Kalau nak buat dropship melalui shopee, anda perlu ada duit modal. Melainkan anda kenal supplier yang tak kisah untuk pos barang dulu, bayar kemudian. Ada ke supplier yang baik macam ni?

Mungkin memang ada, tapi tak ramai. Anda kena betul-betul kenal supplier tu, dan kena saling percaya antara satu sama lain.

Adakah ini bermakna tak boleh nak buat dropship di Shopee? Mestilah boleh. Cuma anda kena ada modal. Bila pelanggan buat bayaran, pelanggan ini akan bayar ke akaun Shopee, dan bukannya ke akaun anda.

Hanya setelah pelanggan itu tadi terima barang dan berpuas hati, barulah pihak shopee akan transfer duit pelanggan tersebut kepada anda.

Disebabkan ada delay seperti ini, antara masa pelanggan buat bayaran, dan pihak shopee transfer duit itu tadi ke akaun anda, ini membuatkan anda tak boleh guna duit pelanggan itu tadi untuk order barang dari pembekal.

Macam manapun anda kena ada modal.

Melainkan… anda ada kad kredit.

Setelah anda dapat pemberitahuan dari Shopee yang anda dapat jualan, anda terus order barang dari pembekal (dropship) menggunakan kad kredit. Bila anda dah terima pembayaran dari shopee, gunakan duit itu untuk terus bayar kad kredit.

Asalkan anda bayar dalam masa kurang 20 hari, anda tak dikenakan interest dan pastikan guna kad kredit tu untuk tujuan bisnes seperti ini sahaja. Jangan campur aduk penggunaan kad kredit ini sama ada untuk isi minyak, beli tiket wayang atau lain-lain pembelian.

Kesannya, walaupun tidak seratus peratus sama, tapi saya boleh katakan ianya lebih kurang sama dengan buat bisnes tanpa modal di shopee.

Baiklah, semoga perkongsian ini menjawab persoalan anda dan ada manfaatnya.

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca




Anak Pintar Cerdas


Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Atau Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

 

Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil disini..

Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.



Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana “Ibu-Bapa Mereka Dahulu” Mendidik Mereka..

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.

Pesan Saiyidina Umar R.A “Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..”
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.
Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Jadi, beruntunglah anda yang menjumpai website ini!


Pandai Membaca Sebelum Tadika! Besar Kelebihannya!

Menerusi website ini, saya akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana cara mendidik & mengajar anak agar mereka pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.

Bayangkan, pada umur 5 tahun, anak anda sudah boleh membaca label-label yang terdapat pada botol dan kotak malahan signboard. Saya sendiri agak terkejut, apabila pada satu hari, anak saya yang berumur 5 tahun, tiba-tiba membaca signboard kedai-kedai yang dilalui sewaktu saya membawanya bersiar-siar, “Kedai Makan, Kedai Dob, kedai Gambari” katanya dengan penuh semangat. Selepas menyedari perkara itu, saya mula membelikan lebih banyak bahan bacaan, seperti majalah dan buku cerita untuknya

Pada umur 6 tahun, dia sudah pandai membuka komputer dan menaip sendiri perkara yang ingin dia belajar dan ketahui di google ataupun youtube.
Apabila berumur 7 tahun, dia sudah boleh membaca sarikata yang dipaparkan dan sekaligus memahami jalan cerita serta mesej yang terdapat di dalam cerita tersebut.

Kini, anak saya sudah tahu banyak perkara berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga lebih mudah faham apabila saya menerangkan kepadanya tentang sesuatu perkara yang agak rumit, seperti bagaimana makanan dihadam di dalam perut, tentang ketuhanan, tentang kehidupan realiti dan fantasi, serta pelbagai lagi perkara.

Ketahui Tekniknya Disini!