Anak Pintar Cerdas
Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Atau Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!
Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?
Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil disini..
Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.
Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi
anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk
mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery,
guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang
gaji.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa
teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari
sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau,
ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi
anak yang pintar dan cerdas.
Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana “Ibu-Bapa Mereka Dahulu” Mendidik Mereka..
Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak
bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan
sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada
ipad/tablet sendiri.
Pesan Saiyidina Umar R.A “Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya..”
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar
membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8
tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah
normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya
hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.
Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun,
sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika
tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini,
persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik
untuk anak mereka.
Jadi, beruntunglah anda yang menjumpai website ini!
Pandai Membaca Sebelum Tadika! Besar Kelebihannya!
Menerusi website ini, saya akan bongkarkan tips & teknik,
bagaimana cara mendidik & mengajar anak agar mereka pandai membaca,
sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca,
maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.
Bayangkan, pada umur 5 tahun, anak anda sudah boleh membaca
label-label yang terdapat pada botol dan kotak malahan signboard. Saya
sendiri agak terkejut, apabila pada satu hari, anak saya yang berumur 5
tahun, tiba-tiba membaca signboard kedai-kedai yang dilalui sewaktu saya
membawanya bersiar-siar, “Kedai Makan, Kedai Dob, kedai Gambari”
katanya dengan penuh semangat. Selepas menyedari perkara itu, saya mula
membelikan lebih banyak bahan bacaan, seperti majalah dan buku cerita
untuknya
Pada umur 6 tahun, dia sudah pandai membuka komputer dan menaip
sendiri perkara yang ingin dia belajar dan ketahui di google ataupun
youtube.
Apabila berumur 7 tahun, dia sudah boleh membaca sarikata yang
dipaparkan dan sekaligus memahami jalan cerita serta mesej yang terdapat
di dalam cerita tersebut.
Kini, anak saya sudah tahu banyak perkara berbanding rakan-rakannya
yang lain. Dia juga lebih mudah faham apabila saya menerangkan kepadanya
tentang sesuatu perkara yang agak rumit, seperti bagaimana makanan
dihadam di dalam perut, tentang ketuhanan, tentang kehidupan realiti dan
fantasi, serta pelbagai lagi perkara.
No comments:
Post a Comment